Tuesday, March 16, 2010

saya dan lagu-lagu Siti Nurhaliza

sudah lama blog saya ni terperap begitu sahaja...
tanpa ada entry baru..
sambil berhibur dengan lagu Siti Nurhaliza bertajuk Ku Milikmu (hmm saya milik siapa sekarang eh?? haha), saya menggagahkan diri menulis blog. Sayang blog terbiar sepi begitu ajer.. dah la masa nak buat dulu, sikit punya beriya tak tedo malam siapkan blog..!!
banyak criter nak saya criterkan tapi tak tercriter.. sebab banyak sangat.. tak jadi saya buat kerja lain kalo saya asyik memblog ajer!!

Sekarang jadual hidup saya amat berlainan dari semasa saya berada di Jepun.. hidup saya kini lebih tenteram dan tenang.. Mungkin kerana dulu hidup berjauhan dari keluarga, kini semua berubah. Masa-masa sunyi dan boring saya kacau adik-adik saya.. Mereka pun memang manja dengan saya. Melihat telatah mereka, hilang segala tekanan hidup. Tetapi kadang kala ada juga mereka buat saya tertekan dengan kenakalan yang melampau.. grrr.. Sabar jer la!!
Sekarang turn lagu dunia dunia from Too Phat dan Siti Nurhaliza... ♪♪~~kepala saya masih terangguk2 mengikut rentak lagu. Layan...

Hidup saya agak busy juga sekarang. Banyak kerja yang saya kena bereskan.. Kadang-kadang tidur pun tak cukup dan tidak menentu. Tapi sekali dapat tidur, tolong jangan ganggu saya beradu yer!! Kadang kala keluar rumah awal pagi jumpa orang itu orang ini, uruskan hal itu hal ini, sampai rumah lewat petang. Kemudian malam nyer bersiap2 untuk mengajar dan menunggu anak-anak jiran saya belajar. Hmm penat tu memang penat, tapi saya rasa inilah sumbangan yang mampu saya lakukan setakat ini, membantu apa yang termampu, berkongsi ilmu dan pengalaman. Cuma kadang-kala saya sedih dengan sikap sesetengah orang tu yang liat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan saya dan tenaga pengajar yang lain. Kejap datang, kejap tak.. macam biskut chipsmore!! haihh!! Cuma jauh di sudut hati, saya harap mereka juga berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi. Besar harapan saya untuk mereka sama-sama merasa keseronokan ketika menerima keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Merasai keseronokan belajar di universiti, malah siapa-siapa yang berhajat ke luar negara, saya juga berdoa agar awak semua berjaya. Bila sudah berjaya, jangan kedekut ilmu.. Curahkan segala pengalaman dan ilmu dengan generasi yang akan datang. Duit kalau dikongsi dan diberi pada orang lain akan habis. Tetapi ilmu nih, selagi dikongsi, selagi itulah ia akan terus hidup dan memberi manfaat pada diri sendiri dan masyarakat.

♪♪~~lagu ku bertakhta di hatimu.. menggegar rasa.. tepukan bergema mempersona.. daku bahgia~~ pimpin lah tangan ku pada sinar yang paling terang.. semoga diri ku tidak malang dan jua kecundang!!~~♪♪ sebuah lagi lagu dari Siti Nurhaliza. Sebuah lagu dari album lama beliau yang masih saya minati hingga kini.. haha kalau saya senaraikan kat sini, memang penat jari-jari saya menaip tajuk lagu yang saya minati dari album-album Siti Nurhaliza.. Saya tertarik pada lirik dan susunan lagu yang segar dan boleh memberi motivasi dan peringatan kepada saya. Esok saya ada appointment dengan driving school.. Untuk buat aper?? Untuk buat lesen la.. Haih ada juga kawan2 yang gelakkan saya "dah tua bangka macam nih baru nak ambik lesen??".. Ada juga yang bertanya "kenapa tak ambil awal-awal?".. Sibuk la korang nih.. haha.. Saya busy dulu, tak sempat nak ambil. Sekarang ada ruang dan peluang, so saya ambil lesen. Nanti dah ada lesen senang nak bergerak ke sana ke mari. Kawan-kawan saya bising juga kerana mereka terpaksa menjadi saya punya supir kalau kami keluar bersuka ria.. Sorry la geng, bukan takmo memandu, tapi saya takder lesen lagi~~

♪♪~~usah lagi kau berdiam diri... car cari kau perlu mencari.. andai kata kau masih di sini, mengharapkan sinar pelangi~~♪♪ satu lagi lagu dari Siti Nurhaliza.. haha banyak sangat dengar lagu Siti Nurhaliza sampai boleh hafal banyak lagu2 dari beliau. Saya sekarang kena bekerja keras. Saya dapat rasakan kerajinan saya semasa di sekolah dulu sudah kembali.. Berbanding masa di jepun, pergh sikit punya malas. Oh malas la saya nak komen banyak2, nanti kecoh jer lebih but kerja yang saya buat tak menjadi juga. Terima kasih kerana banyak pihak yang sudi membantu dan berkongsi idea. Saya hargai semua itu. Sekarang saya perlu bergerak dengan lebih pantas. Peluang sudah ada di depan mata, cuma saya perlu mencari ruang dan peluang selain menggandakan semangat untuk merebut peluang yang ada.

♪♪~~begitu banyak cerita, ada suka ada duka... cinta yang ingin ku tulis.. bukan lah cinta biasa... (chorus) cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama.. tak perlu dipaksa, tak perlu dicari.. kerna ku yakin ada jawabnya...~~♪♪ saya yakin ramai yang tahu dan suka lagu ini (except bukan peminat Siti Nurhaliza la)... Saya jenis yang tak suka komen panjang lebar tentang rahsia cinta saya. Biar saya dengan si dia saja yang tahu. Saya tak suka kecoh-kecoh sangat nanti takut memakan diri sendiri. So kalau saya cakap no comment bila ditanya soal cinta nih, saya harap tuan-tuan dan puan-puan cik cik dan encik encik tidak berkecil hati ya. Cuma saya nak katakan di sini, saya bahgia dengan kehidupan saya sekarang bersama dengan orang yang saya sayangi dan orang-orang yang berada di sekeliling saya.

♪♪~~jalan pernah takut ku tinggalkan... saat bintang tak mamu lagi berdendang.. saat malam menjadi terlalu dingin.. hingga pagi tak seindah biasa nya.... Takkan mungkin kita bertahan.. hidup dalam bersendirian.. panas terik hujan badai, kita lalui bersama.. saat hilang arah tujuan, kau tahu kemana berjalan... meski terang meski gelap.. kita lalui bersama... ku tak bisa meruah yang terjadi.. tapi aku kan menjajikan yang terbaik ... ~~♪♪ Saya sangat suka lagu ini.. selalunya bila masa-masa saya murung dan tiada semangat untuk meneruskan tugasan dan kerja, saya capai i-pod saya dan dengar lagu nih lama-lama sehingga semangat saya yang hilang datang kembali. Sambil membayangkan saya menggapai kejayaan dari hasil usaha keras saya, saya mengagguk-anggukan kepala sambil menyanyi persis bintang popular. Saya juga suka dengan lagu Jerat Percintaan dari 1st album Siti Nurhaliza, tapi si dia cakap kalau kita nak bercinta, jangan disebabkan terjerat. Kita bercinta dengan cara dewasa, bercinta dengan cara positif.

♪♪~~mencari senyum manis, di mana menanti di hati sudi di sana mencari kasih bersulam, rindu mendalam, jiwa merasa... oh tak tahan menanti lagi di sini bermimpi di mana mencari di titik bertemu dan akan bahagia hidup bersama selama-lamanya~~♪♪ lagu terbaru dari Siti Nurhaliza.. Sangat catchy la lagu nih.. Sangat saya suka.. Mencari senyuman manis, di bibir saya dan juga di bibir orang yang saya sayangi. Saya ada banyak mimpi dan angan-angan.. Saya akan bekerja keras untuk menjadikannya realiti. Saya ingin mencari senyum kepuasan terhadap usaha-usaha saya dan mencari senyum kebahgian orang yang saya sayangi apabila melihat kejayaan saya.

Oklah, setakat ini dulu madah saya. Lain kali dan ketika, jika ada kelapangan saya akan menulis lagi.