aku dihidangkan dengan pelbagai pilihan di depan mata..
selalu mengharapkan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik..
tetapi kadang kala aku alpa dalam mengejar apa yang aku inginkan..
terleka buat aku hilang arah dan sesat hala tujuan...
bilimana pilihan yang dibuat tidak menepati apa yang dihajatkan, itu salah kita dalam membuat pilihan atau salah kita dalam mengatur langkah mencapai tujuan tersebut?? mungkin juga perkara tersebut bukanlah yang terbaik untuk kita, atau mungkin juga kita tidak melakukan yang terbaik!! demi mengejar cita-cita, kita terupa apa yang lebih berharga.. mungkin perkara-perkara ini membuatkan impian yang dibina tidak kesampaian.
kadang-kala terbit perasaan cemburu pada insan-insan yang mempunyai hati cekal dalam menghadapi hidup mereka. Mereka tahu apa yang mereka inginkan, dan lebih penting lagi mereka tahu bagaimana untuk mencapai apa yang mereka impikan. Selalu timbul perasaan curiga dan was-was dalam aku mengatur langkah perjalanan hidup aku.. kesilapan lalu membuatkang langkah yang diatur sedikit perlahan dan canggung. Tiada keyakinan, membuatkan aku lemah. Tiada sokongan membuatkan aku lelah..
Berpijak pada bumi nyata.. masih banyak yang aku impikan.. masih banyak yang aku dambakan dalam hidup aku.. kuatkan semangat.. cekal dan tabah hadapi dugaan.. suatu hari nanti pasti segala impian akan terlaksana..
Berikan aku sedikit harapan, untuk aku kemudi hidup aku dengan sedikit keyakinan. Berikan aku sedikit belas ihsan, agar aku tidak lagi teraniya dan tertindas.. Berikan aku sedikit kesempatan, untuk aku merasai cinta yang tidak pernah aku dapatkan..
esok sudah mula kerja.. aku akui sedikit lalai dan alpa bila dihanyut keselesaan.. aku sepatutnya lebih berusaha gigih dan lunaskan tanggungjawab aku dengan baik. aku mahu berikan yang terbaik. kerana aku yakin aku adalah antara yang terbaik.
頑張ろう~
Yakin boley... Y_Y
ReplyDeleteAll the best to you!
ReplyDelete